Kelebihan Mozilla Firefox Untuk Usahawan Internet

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai pelayar internet Mozilla Firefox. Sekarang ini Firefox lebih popular berbanding dengan pelayar internet yang lain. Banyak kelebihan menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox. Saya sendiri sudah lama menggunakan firefox. Pernah juga saya cuba pelayar internet yang lain seperti Internet Explorer, namun sekejap saja kerana saya rasa banyak kekurangan mengenai Internet Explorer. Saya rasa ramai Usahawan Internet menggunakan Firefox untuk melayari internet sama ada untuk menjalankan perniagaan internet atau aktiviti lain.

Apa Kelebihan Firefox Untuk IM?

1. Apa yang saya dapat kesan, Firefox lebih laju "page loading" berbanding dengan pelayari internet yang lain seperti Internet Explorer dan kita juga boleh setting firefox untuk menjadi laju. Baca di sini untuk melajukan Firefox

2. Dari segi keselamatan, Mozilla Firefox lebih bagus. Ianya ada fungsi untuk halang dari penipuan internet (online scam). Sebagai Usahawan Internet yang menjalankan perniagaan di internet, sudah tentu kita sentiasa terdedah dengan perkara seperti ini. Jadi langkah-langkah keselamatan perlu dititikberatkan termasuklah keselamatan dari segi penipuan internet melalui malware atau virus. Firefox akan menapis ancaman seperti ini. Saya menyarankan agar pengguna menggunakan Firefox dengan mengenakan 3 add-on berikut.

i. WOT : https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3456
ii. AdBlock Plus : https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/1865
iii. NoScript : https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/722

3. Firefox mempunyai fungsi Add-On yang terbaik.

Firefox banyak menyediakan Add-On. Ianya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Ada juga Add-On berguna untuk Usahawan Internet. Antara add-on yang berguna untuk usahawan internet:

i. SEO Status Page Rank/Alexa Toobar
ii. SEO Quake SEO Extension dan banyak lagi yang lain-lain yang anda boleh cari di sini

4. Penyambungan atau Plug In

Dengan penyambungan atau Plug In anda boleh menambah keupayaan Firefox. Antara penyambungan yang boleh didapati ialah ‘adblocker’ atau penghalang iklan dari dipaparkan, ‘noscript’ iaitu menentukan sama ada skrip di laman tertentu dibenarkan atau tidak dan lain-lain lagi. Banyak lagi kelebihan Firefox yang saya tidak terangkan di sini. Anda boleh melayari website Mozilla Firefox untuk mengetahuinya lebih lanjut.

Download Mozilla Firefox di bawah secara percuma:

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kelebihan Mozilla Firefox Untuk Usahawan Internet"

Post a Comment