Sebelum memulakan bisnes ebook, apa kata anda ikuti motivasi hebat dari JaMaL untuk anda terlebih dahulu.
Ikutinya....
"Ramai sungguh minat bisnes ebook, tapi sebelum tu, saya ada sedikit nasihat. Dengan adanya tips motivasi ini, ianya dapat memotivasikan diri kita dalam mempelajari bisnes ebook ini. Dalam bisnes ebook ataupun dalam mana-mana bisnes internet, motivasi pada peringkat awal sangat penting. Dengan motivasi yang kuat, ianya dapat membantu kita dalam memburu apa yang kita inginkan. Jom terus lihat tips tersebut. Tips dari hati ke hati…Macam dato fadzilah Kamsah pula..hehehehe

1. MINAT -
Dengan wujudnya minat, bisnes ebook ni akan menjadi lebih mudah! Tiada minat lagi? Cuba untuk meminatinya. Pakar motivasi sering berkata ”Orang Yang Berjaya Adalah Orang Yang Melakukan Apa Yang Diminatinya”. Seperti saya 2 tahun lebih yang lalu, saya buta IT tahap tertinggi langsung tak tahu bisnes ebook. Tapi bila saya terbaca berkenaan bisnes ebook, saya minat untuk mencubanya. Dan kini, saya memang sangat meminati bidang yang saya ceburi. Saya minat untuk hasilkan ebook berkenaan Internet Marketing! Dengan minat, ianya mampu berikan pendapatan BESAR!
2. YAKIN -
Jika kita yakin dengan apa kerja yang kita nak buat ni, tiada apa lagi yang boleh menghalang kita. Keyakinan yang kuat dapat hasilkan kejayaan yang baik. Dalam bisnes ebook, keyakinan adalah penting. Yakin dengan ebook anda, yakin ada pembeli, yakin ianya menguntungkan. Dengan sifat yakin, anda akan sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu! Dan dengan yakin juga, anda akan akan lakukan yang terbaik untuk kerja anda! Keyakinan yang kuat disertai dengan doa kepada TUHAN, kejayaan akan datang.
3. THINK BIG -
Ya, dengan berfikiran besar, tak mustahil anda mampu hasilkan perut besar kejayaan yang besar. Maksudnya, cuba anda impikan kejayaan hasil dengan bisnes ebook anda. Contohnya anda boleh fikir “Jualan ebook aku boleh dapat hasil jualan RM10 ribu bulan ni jika aku laksanakan strategi-strategi yang betul dalam pemasaran ebook ni”. Dengan berfikiran sebegini, ianya akan membawa aura kejayaan dalam diri anda dan menyingkirkan aura-aura negatif yang ada pada anda seperti takut mencuba, tak yakin, takut gagal, dan lain-lain. Tak percaya? Cubalah! Anda akan rasainya..(THINK BIG ni sangat membantu saya dalam menghasilkan jualan ebook yang MELETOP!!!). Dalam pelancaran Pakar Ebook versi 1dulu , saya sasarkan RM100k! Memang tercapai secara keselurhannya, malah lebih dari itu Itulah THINK BIG semasa saya! . Pastikan THINK BIG anda adalah dalam kemampuan anda. Di awal pembabitan saya dalam bisnes ebook, THINK BIG jualan ebook saya adalah RM1000 sebulan! Anda tahu apa yang terjadi? Bukan RM1000 saya dapat, tapi RM3000, dan kemudiannya menjadi RM10k,RM20k dan pada JULAI 2009, saya berjaya hasilkanRM125k dengan ebook Emas-Emas Yang Hilang! Itulah kekuatan THINK BIG!
4. BERANI MENCUBA -
Ramai orang kekal dalam masalah kewangan/kehidupan biasa-biasa mereka sekarang kerana tak berani mencuba, tak berani nak pelajarinya, tak berani nak kajinya, dan kebanyakan mereka takut sesuatu yang tak pernah mereka lakukan! Jikalah saya takut untuk hasilkan ebook dan jualnya di internet setahun lebih yang lalu, saya tak akan berpeluang untuk menjana income hingga 6 angka setahun! Tahukah anda, dulu saya mulakan bisnes internet dengan membeli panduan lebih RM200. Dah la berhutang saya beli panduan tu, tapi kerana berani hidup saya mampu berubah. Banyak orang berani tak bertempat! Berani join SKIM CEPAT KAYA ribuan RM, tapi tak berani untuk dapatkan ILMU UNTUK JADI KAYA yang kosnya kurang dari RM200! Itulah orang kita! Berubahlah!!
5. KUASAI ILMU DARI MASA KE SEMASA –
Ramai ingin berjaya atau dapat hasil dengan segera dengan bisnes ebook ni tanpa menguasai cabang-cabang ilmunya. Tahukah anda, cara terbaik untuk kuasai ilmu bisnes ebook ini adalah dengan kaedah 3M iaitu “MEMBACA”, “MEMAHAMI” dan “MEMPRAKTIKKAN”. Contohnya, anda beli panduan bisnes ebook, anda bacanya, anda fahaminya, dan anda praktikkannya. Setelah praktikkannya, anda akan rasakan apa yang akan anda lakukan pada masa akan datang akan menjadi lebih mudah. Dan ingat, hasil dari praktik tu, anda akan dapat pengalaman yan berharga. Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam mendalami ilmu!
6. TINDAKAN -
Ramai yang ada ilmu, tapi tiada tindakan untuk mempraktikkannya. Mereka bersikap tunggu dulu, nanti dulu, esoklah, dan macam-macam alasan mereka. Tak guna ada tahu macam-macam jika tiada tindakan untuk laksanakannya. Konsep yang terbaik adalah “Lebih Baik Tahu Sedikit, Tapi Terus Praktikkannya Berbanding Tahu Banyak, Tapi Tak Praktikkannya”. Dalam bisnes ebook internet terutamanya, jangan tunggu ilmu anda penuh di dada baru nak praktik. Tahu sikit, terus saja praktik dan begitulah seterusnya.
Itulah..
Celoteh panjang saya:-) Saya bukannya berkata -kata berdasarkan teori semata-mata, tapiberdasarkan pengalaman saya dalam bisnes ebook ini!
Semoga ianya bermanfaat buat anda!
Itulah perkongsian yang sememangnya hebat dari JaMaL. Dan makan tak hairanlah, beliau digelar Pakar Ebook. Beliau sendiri telah mencipta kejayaan besar dalam bisnes ebook. Sudah beratus ribu RM beliau kutip dari jualan ebook nya di Malaysia. Dan beliau juga, memiliki ramai anak didik yang juga berjaya dalam bisnes ebook. Jika anda tanya saya "SAYA NAK BELAJAR BISNES EBOOKLAH! SIAPA YANG PATUT SAYA RUJUK?" Dengan pantasnya saya menyuruh anda pelajari ilmu bisnes ebook dari JaMaL. Baru-baru ini beliau telah melancarkan ebook panduan bisnes ebook yang dinamakan Pakar Ebook Reborn di http://bit.ly/rahsia6kJamal. 100% sangat disyorkan!
KLIK SINI -->> http://bit.ly/rahsia6kJamal

0 Response to "Pakar Ebook Reborn: Tips Berjaya Jana Income 6 Angka"
Post a Comment